
Ini adalah di antara buku
kesukaan kesayangan aku . *smile* Maka oleh kerana ia adalah kesayangan, aku mulakan catatan NILAM tidak rasmi aku (hehehe, NILAM lah sangat) dengan buku ini. *wink*
Tajuk : Trilogi Cinta
Penulis : Siti Jasmina Ibrahim
Terbitan: 2002
Aku beli buku ni beberapa hari sebelum aku tinggalkan Labuan tahun 2002. Ya, dah lama aku beli buku ni. Kononnya nak dijadikan buah tangan untuk emak aku yang suka membaca,alih-alih bila sampai Kuching,aku jadikan hakmilik sendiri sebab aku suka sangat novel ni. I even wished it would be adapted into silver screens sebab ceritanya yang sangat best. Aku pernah propose dengan director group aku untuk adaptasi novel ni masa nak wakili universiti ke pertandingan teater di UM, malangnya kena reject di atas sebab-sebab tertentu. Hehe.
Walaupun bertajuk "Trilogi Cinta" , sila jangan terpedaya. Tiada kisah cinta klise dalam novel ini. Segalanya berkisarkan kepada kehidupan Umi Citra Cempaka, seorang pelajar seni tari di sebuah kolej seni, si bunga yang tidak mampu mengukir senyum lagi kerana bahagia menjauh darinya.
Masa aku baca,aku tertanya-tanya juga, apa sebenarnya masalah si Cempaka sampai tak mampu senyum lagi. Kenapa dia diamkan diri dari ayahnya, kenapa dia tak mahu berjumpa ibunya, kenapa dia tak mahu layan Alvin (budak satu kolej), kenapa dia tak suka balik kampung, kenapa dia bersusah payah kerja part time menari sampai penat demi nak kumpul wang yang aku pun tak tahu dia nak simpan untuk apa, bagaimana dia di kolej sampai kena benci dengan senior budak repeat nama Munira yang gedik tu. Kenapa? Apa masalah budak ni sebenarnya?
Akhirnya terjawab jugak segala persoalan aku di hujung cerita. Fuh.. Memang layan sampai aku nak nangis je. Memang patutlah Trilogi Cinta menang hadiah pertama Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001. Bagus, Siti Jasmina!
8 tahun sesudah membacanya, aku masih lagi mengimpikan untuk melihatnya di layar perak, atau sekurang-kurangnya di pentas teater. Hey, banyak unsur 1 Malaysia dalam novel ni ok. Watak pelbagai kaum, dan mengangkat kesenian tarian tradisi Melayu. Inilah baru dikatakan filem kita wajah kita. Eh kenapa aku sibuk nak buat filem pulak. INI BLOG PASAL BUKU LAH, MELODY! Maaf ye, terlebih teruja pulak bila cerita pasal buku kesayangan.
Kesimpulannya, inilah novel yang masih mengungguli carta ulangbaca dalam koleksi buku-buku aku yang tak seberapa itu. (^_^)
MM: Masa aku aktif teater suatu masa dahulu, aku mengimpikan untuk membawa watak Umi Citra Cempaka sebab aku rasa watak dia ni mencabar jugak lah kot. Dulu lah kan. Sekarang aku dah bersara. Duduk rumah baca buku sudah... Hehe.